tentang kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu baginda tidak mempunyai suatu apa
makanan pun pada diri baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu.
Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa di antara kamu yang sanggup melayani
orang ini sebagai tetamunya pada malam ini bagi pihak aku ?"
Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah S.A.W, saya sanggiup melakukan seperti
kehendak tuan itu."
Orang Ansar itu pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya
seraya berkata, "Lihatlah bahawa orang ini ialah tetamu Rasulullah S.A.W.
Kita mesti melayaninya dengan sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita
dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di rumah kita."
Lau isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan sebarang makanan pun,
yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan anak-anak kita di rumah ini ?"
Orang Ansar itu pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya) tanpa
memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan tetamu ini di samping jamuan
makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura
hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidakk akan ketahui bahawa saya tidak makan
bersama-samanya."
Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk kanak-kanak itu
sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa
kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud,
"Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada
dalam kesusahan." (Al-Hasy : 9)
No comments:
Post a Comment