Pada suatu
hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W.
Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang
menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga
perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahwa Rasulullah S.A.W akan
mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa
batang pohon.
Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai
Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahwa
sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi
aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil
air wudu dan buang air besar."
Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu
dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu
ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya serta
sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W
selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat
pohon-pohon itu.
Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan
setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W
berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan
sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air,
berilah aku minum!"
Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata
kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan
baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu
berkata dengan fasihnya,
"Katakanlah kepada Rasulullah, bahwa aku sejak Allah
S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud :
("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu
beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan
batu)."
"Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi
batu itu maka tidak ada lagi air padaku."
Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang
berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor
unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah, maka
unta itu lalu berkata,
"Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu."
Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang
seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.
Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang
terhunus.
Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W
berkata, "Hendakl mengapakah kamu terhadap unta itu ?"
Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku
telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mau taat atau tidak
mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan
kepada orang-orang yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W bertanya,
"Mengapa engkau menderhakai dia ?"
Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak
menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab
perbuatannya yang buruk. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya,
sama tidur meninggalkan solat Isya'.
Kalau sekiranya dia mau berjanji kepada engkau akan
mengerjakan solat Isya' itu, maka aku berjanji
tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau
Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka
sedang aku berada di antara mereka."
Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang
Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan
meninggalkan solat Isya'. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W
menyerahan unta itu kepadanya.
Dan dia pun kembali kepada keluarganya.
No comments:
Post a Comment